Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti ketika ditemui selepas Majlis Hi-Tea OSEIC di PCC hari ini. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

OSEIC tagih khidmat doktor swasta menerusi CSR

ByAsmah Adenan

KUCHING, 5 Jan: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah mendedahkan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) kini amat memerlukan perkhidmatan doktor swasta yang ingin menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Beliau berkata, bilangan mereka yang memerlukan perkhidmatan sangat ramai jadi sebab itu khidmat doktor swasta diperlukan.

“Ini bermakna, dalam sebulan ada empat kanak-kanak yang dapat di diagnos sama ada mereka itu OKU dan apa jenis OKU yang mereka hidapi. Dengan itu, intervensi yang sepadan dapat kita berikan sesuai dengan apa yang anak-anak ini perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea OSEIC yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak hari ini.

Jelas Fatimah, cabaran mereka dalam memberikan perkhidmatan untuk anak-anak yang memerlukan intervensi awal adalah dari segi mendapatkan perkhidmatan daripada pakar atau doktor yang bertauliah.

Justeru, beliau menyeru agar mana-mana doktor yang ingin menjalankan CSR untuk tampil dan bekerjasama dengan OSEIC dalam memberikan khidmat bakti mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan