Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama-sama ibu bapa dan kanak-kanak OSEIC Kuching pada Majlis Hi-Tea yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak. Foto TVS

OSEIC Miri dijangka beroperasi Jun tahun ini

ByAsmah Adenan

KUCHING, 5 Jan: Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) Miri bakal beroperasi pada pertengahan tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia dijangka memulakan operasi pada Jun selepas pusat tersebut siap sepenuhnya.

“Selain itu, bermula tahun ini sesi intervensi di OSEIC Kuching dan Dalat akan ditambah dan bukan hanya pada hari bekerja tetapi pada hari Sabtu (setengah hari).

“Dengan inisiatif sebegini, saya berharap jumlah kanak-kanak menunggu dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hi-Tea OSEIC yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak hari ini.

Menurutnya, setakat Disember 2024 bilangan kanak-kanak berdaftar di OSEIC Kuching adalah seramai 564 orang manakala OSEIC Dalat 53 orang.

“Setakat 30 November 2024, bilangan kanak-kanak yang menunggu untuk menyertai sesi intervensi di OSEIC Kuching adalah sebanyak 439 orang.

“Jumlah ini menunjukkan kesedaran tinggi ibu bapa mengenai perkembangan anak-anak mereka,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan OSEIC Sarawak, Zaidi Ahmad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan