Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba menutup bahagian ekor semasa operasi menyelamat pesawat Boeing 737-800 Jeju Air yang terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, di Muan pada 4 Januari 2025. Foto AFP

Operasi pencarian di tapak nahas Jeju Air tamat

ByBernama

MUAN (Korea Selatan), 5 Jan: Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut yang meragut 179 nyawa ketika proses pemulihan hampir selesai, lapor agensi berita Yonhap.

Pegawai berkata agensi bomba, polis dan pasukan forensik kebangsaan telah menyelesaikan pencarian terakhir di bahagian ekor pesawat Jeju Air — satu-satunya bahagian yang kekal utuh daripada nahas dan letupan — lewat malam Sabtu.

Pihak berkuasa berkata sebarang penemuan tambahan mayat atau barangan peribadi adalah adalah tidak mungkin.

Pesawat Jeju Air yang membawa 181 orang yang pulang dari Bangkok, terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di daerah barat daya Muan pada 29 Dis, mengorbankan semua kecuali dua orang di dalamnya.

Operasi pencarian dijalankan sepanjang minggu lalu untuk mengeluarkan mangsa, manakala pasukan penyiasat bersama melaksanakan siasatan di lokasi bagi mengenal pasti punca nahas.

Kesemua 179 mayat telah ditemui, dan 151 daripadanya telah diserahkan kepada keluarga masing-masing bersama barangan peribadi yang dikenal pasti, lapor agensi itu.

Tidak termasuk tiga sekeluarga, baki 25 mayat dijangka diserahkan kepada keluarga mereka pada lewat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan