Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Yoon Suk Yeol. Foto fail AFP

Mahkamah Seoul tolak bantahan Yoon terhadap pelaksanaan waran penahanan

ByBernama

SEOUL, 5 Jan: Sebuah mahkamah di Seoul pada Ahad menolak permohonan injunksi yang difailkan oleh Presiden Yoon Suk Yeol untuk membatalkan waran mahkamah bagi menahan beliau dan menggeledah kediaman presiden, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai mahkamah.

Mahkamah Daerah Barat Seoul membuat keputusan itu beberapa hari selepas pasukan pembelaan undang-undang Yoon mengemukakan bantahan untuk menggantung pelaksanaan waran itu yang disifatkan mereka sebagai “tidak sah.”

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai alasan penolakan mahkamah itu diperoleh.

Mahkamah sama sebelum ini meluluskan waran untuk menahan Yoon bagi siasatan berhubung peranannya dalam cubaan pelaksanaan undang-undang tentera pada 3 Dis yang gagal. Ia juga mengeluarkan waran untuk menggeledah kompleks kediaman presiden di tengah Seoul.

Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Tinggi yang menyiasat kes undang-undang tentera Yoon cuba melaksanakan waran itu pada Jumaat tetapi menarik balik pegawai mereka dari lokasi itu selepas berdepan kebuntuan selama enam jam dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden yang menghalang kemasukan mereka.

Pasukan undang-undang Yoon berpendapat bahawa waran itu mempunyai kecacatan dari segi undang-undang, dan mendakwa hakim yang mengeluarkannya bertindak secara sewenang-wenangnya apabila memutuskan undang-undang jenayah yang melarang pelaksanaan waran di dalam kawasan tentera dan keselamatan terhad tidak terpakai dalam kes Yoon. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan