Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi bersama tiga bungkusan syabu masing-masing seberat 1,010g, 1,030g dan 1,040g.. Foto Polis Daerah Batu Pahat (FB)

Lelaki ditahan bersama lebih 3kg dadah di Batu Pahat

ByBernama

BATU PAHAT, 5 Jan: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 3,080 gram (g) dadah jenis syabu bernilai RM96,000 di sebuah rumah di Jalan Simpang Lima, di sini pada Khamis lepas.

Ketua Polis daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi bersama tiga bungkusan syabu masing-masing seberat 1,010g, 1,030g dan 1,040g.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata modus operandi sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan membawa masuk dadah ke Malaysia sebagai lokasi transit sebelum dibawa untuk pasaran di negara jiran di bahagian selatan dan pihaknya percayai sindiket mulai aktif beroperasi sekitar Disember lepas.

Beliau berkata polis turut menyita sebuah motosikal bernilai RM3,000 dan suspek ditahan reman hingga & Jan ini untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan