Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing di rumah rakit Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut semalam. Foto hiasan Envato

K9 bantu kesan remaja lelaki dikhuatiri lemas

ByBernama

KUANTAN, 5 Jan: Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika memancing di rumah rakit Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa Azri Fahmi, 14, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi sungai.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari kedua itu disertai 37 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi seperti JBPM, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Operasi SAR yang bermula pada 6.45 pagi ini diteruskan dengan kaedah pencarian diperluaskan ke kawasan sepanjang 10 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat jatuh.

“Kaedah pencarian adalah di tebing sungai dengan khidmat bantuan anggota dan anjing pengesan K9 manakala pasukan PPDA melakukan selaman di sekitar lokasi mangsa jatuh serta rondaan dengan bot di kawasan sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pencarian itu masih berjalan dan turut mendapat kerjasama penduduk kampung.

Semalam, remaja lelaki itu bersama dua rakannya sedang memancing di rumah rakit tersebut sebelum terjatuh dan dipercayai hanyut dibawa arus Sungai Pahang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan