Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 120 daripada 1,090 penerbangan yang dijadualkan pada Ahad di lapangan terbang paling sibuk di Jerman, Frankfurt telah dibatalkan akibat cuaca musim sejuk, termasuk salji, hujan berais dan hujan beku. Foto fail AFP

Jerman: 120 penerbangan dibatalkan akibat cuaca buruk

ByBernama

FRANKFURT, 5 Jan: Sebanyak 120 daripada 1,090 penerbangan yang dijadualkan pada Ahad di lapangan terbang paling sibuk di Jerman, Frankfurt telah dibatalkan akibat cuaca musim sejuk, termasuk salji, hujan berais dan hujan beku, menurut jurucakap pengendali lapangan terbang Fraport kepada agensi berita Jerman (dpa).

Beliau berkata kapasiti lapangan terbang terjejas kerana landasan perlu dibersihkan dan jarak penglihatan yang terhad.

Menurut beliau, selain itu, proses menyahais pesawat juga mengambil masa lebih lama disebabkan keadaan cuaca.

Jurucakap itu menasihatkan penumpang supaya menyemak dengan syarikat penerbangan mengenai penerbangan mereka dan jika perlu, memberi masa tambahan untuk perjalanan ke lapangan terbang.

Fraport sebelum ini telah memberi amaran mengenai kemungkinan pembatalan penerbangan akibat keadaan cuaca. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan