Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach. Foto AFP

Bintang lari pecut AS, Kerley ditahan polis

ByBernama

NEW YORK, 5 Jan: Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach, lapor media Amerika Syarikat lewat Jumaat, memetik agensi berita Jerman dpa.

Atlet berusia 29 tahun itu, yang juga pemenang dua pingat Olimpik dibawa ke hospital sebelum dihantar ke Penjara Daerah Miami-Dade selepas insiden berkenaan.

Menurut laporan media yang memetik polis, Kerley telah menghampiri lokasi siasatan polis yang sedang berlangsung dan cuba menuju ke keretanya yang diletak berhampiran. Pemenang pingat gangsa di Paris itu didakwa enggan meninggalkan kawasan terbabit dan menjadi semakin agresif.

Beliau kemudian dilemahkan oleh beberapa anggota polis menggunakan senjata taser. Perbalahan itu boleh disaksikan dalam video daripada kamera badan seorang anggota polis.

Peguam Kerley, Richard L. Cooper, mengkritik tindakan polis yang dianggap keterlaluan.

“Saya boleh katakan bahawa Encik Kerley ialah seorang atlet yang memecahkan rekod dan telah mewakili negara kita di Sukan Olimpik dengan penuh kehormatan serta kejayaan. Tuduhan ini palsu dan menunjukkan keadaan negeri polis yang ganas di Miami Beach,” katanya seperti dilaporkan oleh CBS.

Kerley dijadualkan dibebaskan daripada tahanan pada Sabtu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan