Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi. Foto Helmi Fuzi (FB)

Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat

ByBernama

IPOH, 5 Jan: Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan lebat yang bermula kira-kira 4 petang itu menyebabkan air Sungai Pinji mengalir laju dan pam air tidak berfungsi dengan baik di Jalan Salak, Kampung Sungai Rokam.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan kejadian itu mengakibatkan bahagian hadapan lima buah rumah berdekatan sungai berkenaan dinaiki air.

“Penduduk mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan ke tempat yang tinggi dan selamat,” menurut kenyataan itu.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan paras Sungai Pinji semakin surut dan keadaan banjir terkawal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata kira-kira lapan buah rumah di Persiaran Cempaka Sari 11, Taman Cempaka dinaiki air akibat banjir kilat.

Beliau berkata hujan yang bermula kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan ketinggian air sekitar 0.6 meter (2 kaki).

Sabarodzi berkata keadaan terkawal pada 5.53 petang dan air semakin surut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan