Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam. Foto Sosial media

ATM sahkan insiden kekecohan di Wisma Transit libatkan warga Palestin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam, seperti yang tular di media sosial berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

ATM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap perabot di WTKL.

“Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama warga Palestin yang terlibat. Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik

“Mereka kemudian bersurai kira-kira pukul 7.30 malam,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, ATM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden itu.

Sejak petang semalam, tular beberapa video yang memaparkan kekecohan di pekarangan WTKL melibatkan warga Palestin hingga menyebabkan kerosakan di kawasan terbabit.

Pada Oktober tahun lepas, tular video memaparkan beberapa warga Palestin yang ditempatkan di WTKL melakukan kekecohan disebabkan segelintir daripada mereka tidak berpuas hati kerana diletakkan di pusat perlindungan berkenaan, selain mengehadkan pergerakan mereka.

Susulan itu, Duta Palestin di Malaysia Walid Abu Ali memohon maaf bagi pihak warga Palestin yang berada di Malaysia dan di tanah air atas kejadian berkenaan.

Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan