Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan. Foto hiasan Envato

Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, menunjukkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri-negeri terbabit.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan