Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu Foto Singapore Civil Defence Force (FB)

35 penduduk dipindahkan ekoran kebakaran di timur Singapura

ByBernama

SINGAPURA, 5 Jan: Kira-kira 35 penduduk dipindahkan awal pagi Ahad selepas kebakaran berlaku di sebuah rumah berkembar tiga tingkat kosong di timur Singapura, lapor Xinhua.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam.

Anggota bomba dari Balai Bomba Kallang dan Balai Bomba Paya Lebar yang tiba di lokasi mendapati api sedang marak di tingkat bawah serta merebak ke tingkat atas.

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 3 pagi dengan tingkat atas rumah mengalami kerosakan. Sebuah unit bersebelahan turut terjejas.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan