Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mural yang dibuat oleh seniman jalanan Auberi Chen, Core 246 dan Kapten Kris yang menggambarkan jurugambar Palestin Mohammed Al-Masri (kiri), Ali Jadallah (dua kiri), Abdelhakim Abu Riash (kanan) dan wartawan Palestin Hind Khoudary (dua kanan ) di Ilford, timur London, pada 28 Mac 2024. Foto fail AFP

10 wartawan Palestin di Gaza terbunuh pada Disember 2024

ByBernama

RAMALLAH, 5 Jan: Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.

Menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS), Tentera Israel melakukan 84 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan Palestin bulan lepas.

Israel “terus menggunakan kaedah menyasarkan wartawan Palestin sehingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka,” kata PJS.

PJS berkata lapan ahli keluarga wartawan terbunuh, tiga rumah petugas media musnah, dan lima wartawan mengalami kecederaan parah akibat serpihan peluru dan tembakan.

Menurut PJS, 20 wartawan berdepan penahanan dan dilarang daripada membuat liputan, manakala tujuh lagi dipenjarakan. Selain itu, terdapat 11 insiden peluru hidup ditembak ke arah wartawan yang didokumentasikan.

Sepuluh wartawan mengalami serangan fizikal yang teruk, manakala tiga kes kerosakan peralatan dan kecurian dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Kenyataan pada 3 Jan oleh Pejabat Media Gaza memaklumkan jumlah wartawan yang terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 202 orang.

Tentera Israel meneruskan serangan genosid ke atas Gaza yang telah meragut lebih 45,600 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023, meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan