Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen menasihati pelancong asing agar berwaspada dengan laman web palsu membabitkan urusan pendaftaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC). Foto Jabatan Imigresen Malaysia

Waspada laman web palsu MDAC – Imigresen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Jabatan Imigresen menasihati pelancong asing agar berwaspada dengan laman web palsu membabitkan urusan pendaftaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, jabatan itu memaklumkan terdapat akaun palsu menerusi pautan https://malaysia-arrivalcard.vercel.app/?gad_source=1…

“Sentiasa melayari laman web rasmi MDAC, iaitu https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main untuk mengelakkan penipuan dan melindungi maklumat peribadi anda,” menurut kenyataan itu.

Bermula 1 Jan 2024, kesemua pelancong asing yang ingin melancong atau melawat Malaysia wajib mengisi borang dalam talian MDAC sebelum ketibaan mereka.

Pengecualian itu diberikan kepada warganegara Singapura, pemegang pasport diplomatik dan rasmi, pemastautin tetap serta pemegang pas jangka panjang Malaysia, pemegang General Certificate of Identity (GCI) Brunei, kemudahan pengembara kerap Malaysia–Brunei, pemegang pas sempadan Thailand dan pas lintas sempadan Indonesia.

Ia merupakan dasar baharu ditetapkan kerajaan selaras Pelan Liberalisasi Visa Malaysia sekali gus memendekkan waktu urusan dan menunggu di kaunter daftar masuk imigresen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan