Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegiatan memburu sekumpulan lelaki bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas tertembak oleh rakannya sendiri.

Wanita cedera di perut ditikam anak saudara perempuan

ByBernama

BUTTERWORTH, 3 Jan: Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai, pada hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.30 pagi, yang melibatkan mangsa berusia 35 tahun yang ditikam di bahagian perut oleh anak saudaranya.

“Berdasarkan siasatan awal, remaja perempuan berusia 14 tahun itu tinggal bersama ibu saudaranya sejak empat hari lalu kerana menghadapi masalah keluarga. Kejadian tikaman itu berlaku ketika mereka berada di ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pertengkaran mulut berlaku antara mereka apabila suspek ingin kembali tinggal bersama ibu kandungnya, namun dihalang oleh mangsa.

Katanya mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut manakala suspek ditahan di lokasi kejadian bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan