Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TVS terus siar aksi separuh akhir Carabao Cup minggu depan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 Jan: Peminat bola sepak di Malaysia bakal disajikan dengan perlawanan menarik separuh akhir Carabao Cup yang akan disiarkan secara langsung di TVS minggu depan.

Dua pertembungan sengit dijangka menarik perhatian peminat bola sepak melibatkan empat kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris.

Aksi pertama akan menyaksikan Arsenal menentang Newcastle United pada 8 Januari bermula jam 3.30 pagi waktu Malaysia.

Perlawanan tersebut dijangka berlangsung sengit memandangkan kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi cemerlang musim ini.

Untuk rekod Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta akan cuba mengekalkan momentum mereka, manakala Newcastle yang semakin kukuh di bawah Eddie Howe pastinya tidak mahu melepaskan peluang mara ke pentas final.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 9 Januari, jam 3.30 pagi membabitkan Tottenham Hotspur dan Liverpool.

Tottenham di bawah kendalian Ange Postecoglou akan berusaha menamatkan kemarau kejuaraan mereka manakala Liverpool di bawah Arne Slot pastinya mahu menambah koleksi trofi selepas prestasi memberangsangkan dalam kejohanan tersebut.

TVS memberikan peluang kepada peminat bola sepak tanah air untuk menyaksikan aksi dua perlawanan separuh akhir ini secara langsung menjadikannya pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik-detik dramatik Carabao Cup yang mungkin menentukan nasib pasukan pilihan anda di pentas akhir. Saksikan hanya di TVS! –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan