Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi. Foto fail TVS

SEDC mengorak langkah baharu dalam industri tenaga boleh diperbaharui

ByAsmah Adenan

KUCHING, 4 Jan: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) kini mula terlibat dalam agenda hijau dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pelabur luar dalam melaksanakan beberapa projek di Sarawak selaras dengan misi dan visi Kerajaan Sarawak menuju ke arah ekonomi hijau.

Pengurus Besar SEDC, Datu Abdul Hadi Abdul Kadir berkata, terdapat pelbagai skim dan insentif yang disediakan kepada pelabur untuk melaksanakan projek di Sarawak.

“Ini adalah idea yang mula dilancarkan dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lalu yang mana SEDC mula terlibat dalam agenda hijau dengan kerjasama dengan syarikat seperti Sumitomo dan INEOS dari Jepun dan Samsung Engineering, Lotte Chemicals dari Korea.

“Tetapi kita tidak berhenti setakat itu sahaja, kami sudah bercakap dengan pemain lain di seluruh dunia malah di Eropah untuk melihat bagaimana kita boleh menjadi rakan kongsi dalam meneroka agenda hijau ini.

“Kami telah mengkaji rakan kongsi antarabangsa terutamanya mereka yang mempunyai projek hijau untuk datang ke Sarawak dan bekerjasama dengan SEDC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS semasa temu bual khas, baru-baru ini.

Menurutnya, SEDC sedang menumpukan sepenuhnya kepada pembangunan dalam sektor pembuatan yang canggih dan bernilai tinggi yang dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui.

Peralihan tersebut bertujuan untuk memastikan pembuatan rendah karbon dan cekap sumber menyumbang kepada 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak menjelang 2030.

Selain itu, SEDC kini juga memberikan tumpuan kepada pembangunan metanol hiliran dan kemudahan pengeluaran amonia untuk membantu Sarawak menaikkan rantaian nilai untuk mencipta produk bernilai tinggi serta menjana peluang pendapatan sekali gus mengukuhkan ekonomi mampan untuk Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan