Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim menghadiri Konsert Ulang Tahun ke-50 Boney M. di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam ini. Foto TVS

Sarawak sasar lima juta pelancong tahun ini

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 Jan: Sarawak menetapkan sasaran kehadiran lebih lima juta pelancong tahun ini dengan unjuran resit pelancongan sebanyak RM10 bilion.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis angka tersebut dapat dicapai berikutan prestasi memberangsangkan tahun lepas.

“Tahun lepas kita menyasarkan sebanyak empat juta pelancong dan kita melepasi sasaran itu menjelang November.

“Kita masih belum mendapat jumlah rasmi bagi bulan Disember namun saya yakin ia sekitar lima juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Konsert Ulang Tahun ke-50 Boney M di sini, malam ini.

Karim menjelaskan, kementeriannya juga mempunyai perancangan rapi bagi menarik kemasukan pelancong sepanjang tahun ini.

“Sama seperti tahun lalu, kita akan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti kerana kita menerima peruntukan yang mencukupi bagi tujuan tersebut.

“Melalui pendekatan itu dan juga penubuhan syarikat penerbangan Sarawak sendiri tahun ini, saya yakin kita akan mencapai sasaran berkenaan,” ujarnya.

Pada masa sama, Abdul Karim menyeru pemaju dan pengusaha hotel baharu untuk menyiapkan hotel menjelang tahun ini dan tahun hadapan sebagai persediaan Sarawak bagi penganjuran Majlis Pembukaan Sukan SEA 2027. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan