Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Sarawak kini destinasi pilihan pelancongan rakyat Indonesia

ByDouglas Elliot

KUCHING, 4 Jan: Sarawak kini menjadi antara destinasi pilihan pelancong dari negara jiran, Indonesia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan satu perkembangan yang amat memberangsangkan.

“Sebelum ini, sejumlah besar pelancong kita adalah dari Brunei. Namun menariknya kini, pelancong dari Indonesia mula menyedari dan melihat Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

“Malah, saya sendiri menyedari perkara ini beberapa hari sebelum sambutan tahun baharu berikutan kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

“Ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia akan menyumbang kepada ekonomi kita,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pelancong dari Indonesia adalah daripada Jakarta, Pontianak dan Sambas serta mencerminkan keberkesanan program promosi Sarawak di luar negara.

Terdahulu, Abdul Karim memberitahu Sarawak menyasarkan lebih lima juta pelancong tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan