Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Remaja perempuan tikam ibu saudara direman tiga hari

ByBernama

BUKIT MERTAJAM, 4 Jan: Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah unit flat di Jalan Perai Jaya, Perai di sini semalam direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihak polis mendapat perintah reman daripada Mahkamah Majistret di sini pagi tadi yang membenarkan suspek berumur 14 tahun itu direman hingga 6 Jan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian itu sehingga suspek bertindak menikam ibu saudaranya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.

Semalam, media melaporkan seorang wanita mengalami kecederaan di perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai di sini.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 11.30 pagi dan difahamkan, ujian air kencing mendapati remaja itu turut positif dadah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan