Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempurai melihat pelan pejabat baharu MDLBS

Rabies masih membimbangkankan di Sibu Jaya, Selangau

SIBU, 4 Jan: Isu rabies masih menjadi kebimbangan serius di kawasan Sibu Jaya dan Selangau walaupun bilangan anjing liar berjaya dikurangkan melalui operasi yang dijalankan.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai berkata, anjing yang kelihatan berkeliaran di kawasan ini bukanlah anjing liar tetapi haiwan peliharaan yang dilepaskan oleh pemilik.

Menurutnya, perbuatan melepaskan anjing menimbulkan risiko penularan rabies jika haiwan peliharaan tersebut tidak divaksin atau tidak dijaga dengan baik.

“Sebahagian pemilik haiwan membenarkan anjing mereka berkeliaran di tempat awam seperti kedai kopi yang bukan sahaja mengganggu orang ramai tetapi juga menambah risiko rabies.

“Jika pemilik tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa mungkin perlu campur tangan untuk mengelak masalah ini menjadi lebih serius,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa menghadiri taklimat dan pelancaran projek pejabat baharu MDLBS di sini pada Jumaat.

Malah menurutnya, MDLBS turut menerima banyak aduan tentang anjing berkeliaran.

“Ada pemilik haiwan yang bertindak agresif terhadap pasukan unit menangkap anjing majlis semasa operasi.

“Kami memerlukan kerjasama komuniti untuk memastikan haiwan peliharaan mereka dikawal di dalam rumah atau kawasan berpagar, serta mendapatkan vaksinasi untuk mengelak risiko rabies,” ujarnya.

Sempurai turut menggesa Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam dan Alam Sekitar MDLBS yang dipimpin Kevin Lau Kor Jie untuk memperhebat usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya rabies dalam kalangan masyarakat.

“Kempen kesihatan dan keselamatan yang dilaksanakan majlis kini memberi tumpuan kepada isu rabies yang bukan sahaja boleh disebarkan oleh anjing tetapi juga oleh kucing.

“Kami akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk memastikan langkah pencegahan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan