Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI) akan menjadi agenda utama Kementerian Digital tahun ini bagi memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada penggunaan teknologi digital yang berkembang pesat. Foto hiasan Envato

Program kesedaran AI agenda utama Kementerian Digital tahun ini

ByBernama

CYBERJAYA, 4 Jan: Program kesedaran tentang kecerdasan buatan (AI) akan menjadi agenda utama Kementerian Digital tahun ini bagi memastikan rakyat mendapat manfaat terbaik daripada penggunaan teknologi digital yang berkembang pesat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata program kesedaran yang akan digerakkan menerusi Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) turut menekankan aspek keselamatan siber.

“Kita semua tahu kuasa teknologi adalah sangat penting untuk memastikan anak-anak kita sedar berkaitan dengan apa sebenarnya kuasa teknologi dan bagaimana ia boleh memanfaatkan kehidupan kita.

“Satu daripada aspek yang kita lihat adalah untuk bagaimana kita boleh pastikan bahawa bergerak ke depan, kita dapat memberi maklumat terperinci kepada masyarakat berkenaan dengan apa sebenarnya teknologi AI ini dan bagaimana ia boleh membantu kita dalam kehidupan harian,” katanya kepada media selepas Majlis Penutupan ICT Peringkat Kebangsaan Sekolah-sekolah Tamil, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan program kesedaran AI dalam kalangan pelajar termasuk memastikan infrastruktur yang lengkap tersedia di institut pendidikan bagi memastikan proses pembelajaran berkaitan teknologi AI berjalan lancar.

“Saya lihat Kementerian Digital boleh menjadi pengantara bagi institut pelajaran dan kerajaan, bagaimana kita boleh mewujudkan infrastruktur yang diperlukan di institut, sekolah, universiti dan bagaimana kita dapat bekerjasama untuk memastikan bahawa kita dapat mewujudkan satu negara yang celik digital,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan