Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kho Teck Wan (tengah) bersama-sama atlet Kelab Renang Power Aquatics pada Majlis Makan Malam Tahunan PASC. Foto Muqri Aziz (TVS)

Prestasi atlet renang PASC membanggakan

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Jan: Kejayaan atlet Kelab Renang Power Aquatics (PASC) yang meraih pelbagai anugerah dan pingat pada kejohanan sukan peringkat domestik serta antarabangsa sepanjang tahun lalu amat membanggakan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pencapaian tersebut secara tidak langsung mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk menjadikan wilayah ini sebagai kuasa besar dalam arena sukan.

Menurutnya, kejayaan PASC bertambah manis selepas lima atletnya mewakili Pasukan Polo Air Malaysia pada Kejohanan Renang Umur SEA di Bangkok baru-baru ini dengan merangkul pingat gangsa.

“Bukan itu sahaja, pasukan renang Sarawak menduduki tempat ketiga dengan sembilan pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa manakala pasukan terjun muncul juara dengan sembilan pingat emas, tiga perak dan dua gangsa pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

“Saya juga berbangga melihat seorang perenang dari PASC, Chereen Ngo Yirui menyumbang kepada pungutan pingat pada SUKMA apabila beliau memenangi dua pingat gangsa,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak Kho Teck Wan pada Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Renang Power Aquatics (PASC) yang berlangsung di Riverine Ballroom, di sini, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Presiden PASC, Kapitan Tan Kun Gee.

Sehubungan itu, Dr Sim berharap lebih ramai atlet PASC mewakili negara pada Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.

“Saya yakin dengan bakat yang lahir daripada PASC, kita akan melihat lebih ramai daripada anda mewakili Sarawak di pentas serantau pada Sukan SEA nanti.

“Kejayaan ini memberikan saya keyakinan besar bahawa lebih ramai atlet dari kelab ini akan tampil menyerlah dan meninggalkan impak dalam tahun-tahun mendatang,” ujarnya.

Pada majlis itu, seramai 69 atlet menerima insentif berjumlah RM43,000 daripada kelab tersebut. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan