Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lepas. Foto hiasan Envato

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Seorang buruh binaan warganegara Bangladesh ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong pada 31 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu merupakan kenalan mangsa dan mengaku membunuh kerana cemburu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata lelaki terbabit direman hingga 10 Jan ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita warganegara Indonesia berusia 39 tahun dalam keadaan berlumuran darah di hotel berkenaan pada 10.15 malam, Selasa lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan