Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman. Foto fail Bernama

Polis kesan remaja perempuan hilang sejak 29 Dis

ByBernama

SEPANG, 4 Jan: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata laporan kehilangan Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani dibuat oleh ibu saudaranya pada 31 Dis lepas.

“Remaja berkenaan menetap di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang, dan tinggal bersama pengadu sejak Februari tahun lepas, selepas diambil dari sebuah pusat pemulihan akhlak di Sabak Bernam, Selangor.

“Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik di rumahnya kerana berlaku selisih faham keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata remaja itu dikesan hilang kira-kira 12 tengah hari dengan memakai t-shirt warna hitam dan berseluar trek sukan warna hitam serta membawa telefon bimbit semasa menghilangkan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhamad Jefry Mustafa di talian 014-8013500. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan