Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat milik Ural Airlines Rusia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sharm el-Sheikh, Mesir, akibat kerosakan teknikal sejurus selepas berlepas, menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti. Foto fail AFP

Pesawat Ural Airlines Rusia lakukan pendaratan cemas di Mesir selepas berlepas – Pihak Berkuasa

ByBernama

KAHERAH, 4 Jan: Sebuah pesawat milik Ural Airlines Rusia terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Sharm el-Sheikh, Mesir, akibat kerosakan teknikal sejurus selepas berlepas, menurut Kementerian Penerbangan Awam Mesir pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pada malam Jumaat, sebuah pesawat Airbus A-321 milik syarikat Rusia, Ural Airlines yang dalam perjalanan dari Sharm el-Sheikh ke lapangan terbang Yekaterinburg di Rusia, melakukan pendaratan cemas yang selamat di lapangan terbang Sharm el-Sheikh,” menurut kenyataan kementerian itu.

Pesawat yang membawa 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya, kata kenyataan itu.

Pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang Sharm el-Sheikh pada 4.55 petang waktu tempatan (2.55 petang GMT) dan diarahkan ke kawasan khas, menurut kementerian, sambil menambah bahawa semua penumpang dipindahkan dengan selamat ke ruang pelepasan antarabangsa.

Amaran kerosakan enjin dikesan pada pesawat itu, yang kemudiannya digantikan dengan sistem simpanan, menurut perkhidmatan akhbar syarikat penerbangan terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan