Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Hari Terbuka Pusat Kesihatan Prima Hospital Pengajar UNIMAS, Kota Samarahan pada 15 hingga 17 Januari

Peluang nikmati fasiliti kesihatan teknologi hijau di Kota Samarahan

ByMahathir Haroun

KUCHING, 4 Jan: Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan mengadakan Hari Terbuka Pusat Kesihatan Prima Hospital Pengajar UNIMAS, Kota Samarahan pada 15 hingga 17 Januari.

Berlangsung di Pusat Kesihatan Prima HPUNIMAS, hari terbuka tersebut bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan Hospital Pengajar UNIMAS, orang ramai dijemput untuk datang beramai-ramai bagi merasai pengalaman dan melihat fasiliti kesihatan kelas pertama memfokuskan teknologi hijau di Kota Samarahan.

“Sepanjang hari terbuka ini, bengkel dan seminar percuma akan diadakan dengan melibatkan pakar perubatan bertauliah.

“Selain itu, harga eksklusif saringan kesihatan dan ujian pap smear percuma ditawarkan,” menurut kenyataan tersebut.

Turut diadakan pameran kesihatan, gerai pameran dan food truck selain hadiah cabutan bertuah untuk pelawat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan