Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
hli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing meninjau beberapa kawasan yang kerap dilanda banjir iaitu di Rumah Jerome Sungai Baron dan Rumah Ngipa Sungai Buloh. Foto UKAS

Masalah bekalan air, perparitan di Bintangor dapat perhatian

BINTANGOR, 4 Jan: Isu kritikal berkaitan bekalan air dan perparitan yang sering memberi kesulitan kepada penduduk di kawasan Bintangor mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Satu mesyuarat melibatkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei diadakan di Meradong pada Jumaat dalam usaha meningkatkan kualiti hidup penduduk di kawasan tersebut.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Kuong Hiing yang membincangkan mengenai projek Stesen Penggalak Lemayong dan Fasa 2 Bayong Treatment.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai projek penyambungan saluran paip utama dari Jalan Kelupu menuju ke Stesen Penggalak Tulai bernilai RM10 juta.

Perbincangan turut berkisar mengenai cadangan menaik taraf Sistem Retikulasi Paip Bandar Bintangor di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dengan kos RM25 juta yang dijangka selesai dalam tempoh 15 bulan.

Mesyuarat sama turut membincangkan projek menaik taraf saluran paip sepanjang 12 kilometer di jalan utama Kung Cheng Sungai Mador bernilai RM3 juta.

Pada masa sama, Kuong Hiing turut meluangkan masa meninjau beberapa kawasan yang kerap dilanda banjir iaitu di Rumah Jerome Sungai Baron dan Rumah Ngipa Sungai Buloh.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan