Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto AFP

Kira-kira 6,000 banduan dibebaskan sempena Hari Kemerdekaan Myanmar

ByBernama

YANGON, 4 Jan: Majlis Pentadbiran Negara Myanmar pada Sabtu mengumumkan kira-kira 6,000 banduan dibebaskan bersempena sambutan ulang tahun ke-77 Hari Kemerdekaan negara itu, menurut perintah rasmi majlis itu, lapor Xinhua.

Daripada jumlah itu, 5,864 banduan adalah warganegara Myanmar manakala 180 lagi merupakan banduan dari negara lain.

Selain itu, beberapa hukuman penjara juga dikurangkan, menurut kenyataan itu.

Pada tahun lalu, lebih 9,000 banduan diberikan pengampunan sewaktu ulang tahun ke-76 Hari Kemerdekaan Myanmar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan