Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Parti Rakyat Eropah (EPP) , Manfred Weber Foto fail AFP

Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU

ByBernama

BERLIN, 4 Jan: Pemimpin Parti Rakyat Eropah (EPP) konservatif di Parlimen Eropah menggesa bertindak balas sekiranya Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU), dengan cadangan tarif EU tertumpu kepada syarikat digital AS, lapor agensi berita Jerman dpa.

“Kita harus menjangkakan Trump akan melaksanakan apa yang diumumkannya: tarif 20 peratus ke atas produk Eropah boleh berlaku tidak lama lagi,” kata Manfred Weber kepada kumpulan media Funke dalam laporan yang diterbitkan pada Sabtu.

Donald Trump, anggota Republikan akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47 pada 20 Jan.

Eropah perlu bersedia menghadapi rancangannya “dengan keyakinan,” kata Weber.

“Dari sudut ekonomi, kita berada pada tahap yang hampir sama dengan Amerika, masing-masing menyumbang lebih 20 peratus daripada keluaran ekonomi global.

“Kita juga mampu melaksanakan langkah balas. Syarikat digital Amerika memperoleh banyak keuntungan di EU tetapi hampir tidak membayar cukai – itulah aspek yang boleh kita fokuskan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa EU tidak mahu perang perdagangan kerana ia hanya akan melemahkan Barat secara keseluruhan.

“Apa yang kita perlukan ialah NATO ekonomi. Kita harus menawarkan kepada Trump peluang untuk bekerjasama menentang China,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan