Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penumpang bergerak di sepanjang jalan pada pagi berkabus yang sejuk di Delhi pada 4 Januari 2025. Foto AFP

Kesesakan trafik di Delhi akibat kabus tebal

ByBernama

NEW DELHI, 4 Jan: Sekurang-kurangnya 19 penerbangan dilencongkan, lebih 200 penerbangan sama ada dijadual semula atau ditangguhkan, manakala perkhidmatan 81 kereta api terganggu akibat jarak penglihatan sifar disebabkan kabus tebal di sekitar Delhi pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi Delhi, pendaratan dan pelepasan penerbangan terjejas antara 12.15 pagi hingga 1.30 pagi apabila jarak penglihatan berkurangan hampir kepada sifar.

Lapangan terbang Delhi mengeluarkan nasihat perjalanan kepada penumpang, memberi amaran kemungkinan kelewatan penerbangan dan menasihatkan mereka supaya berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendaratan dan pelepasan penerbangan.

Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara juga bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.

Seorang pegawai Kereta api India mengesahkan bahawa pergerakan sejumlah 81 kereta api keluar dan masuk dari Delhi turut terjejas akibat penglihatan yang terhad disebabkan kabus tebal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan