Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Penggang, Batu 36 Tamin, di sini selepas tidak pulang daripada mencari katak

Dua lelaki dilaporkan hilang ketika cari katak

SELANGAU, 4 Jan: Dua lelaki dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran Rumah Penggang, Batu 36 Tamin, di sini selepas tidak pulang daripada mencari katak sejak Khamis lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan dengan bantuan penduduk setempat dan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Zon 4 Sibu Andy Alie memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut sekitar jam 11.20 pagi hari ini.

“Pasukan kami yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi II Jaree Mohamad segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum memulakan operasi SAR,” katanya.

Menurutnya, dua mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Stephen Meron, 51, dan Rowney Lau Siew Kiong, 44.

Kedua-dua mereka memasuki hutan bersama dua saudara mereka yang lain untuk mencari katak pada petang Khamis (2 Januari) lalu.

Difahamkan, kumpulan tersebut berpecah kepada dua pasukan kecil.

“Pengadu bersama seorang lagi saudara berjaya keluar dari hutan namun Stephen dan Rowney gagal dikesan sehingga kini,” ujarnya.

Keluarga mangsa yang cuba mencari mereka sejak Khamis akhirnya membuat laporan polis hari ini selepas usaha sendiri tidak berhasil.

Andy turut menjelaskan cabaran besar dalam operasi SAR adalah keadaan cuaca yang sering berubah serta kawasan hutan yang tebal dan sukar ditembusi.

Walaupun begitu, pasukan SAR tetap komited dalam usaha mencari mangsa, dibantu oleh penduduk setempat yang arif dengan selok-belok kawasan berkenaan.

“Kami menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua mangsa agar segera tampil membantu siasatan.

“Segala bentuk bantuan dan maklumat amat dihargai bagi mempercepatkan pencarian,” jelasnya.-TVS

Tags: hilang, JBPM, katak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan