Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
APMM berjaya menemukan dua bot yang membawa hampir 300 pendatang warga Myanmar di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak, Langkawi, semalam. Foto APMM

APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi

ByBernama

ALOR SETAR, 4 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menemukan dua bot yang membawa hampir 300 pendatang warga Myanmar di kawasan dua batu nautika barat daya Pulau Rebak, Langkawi, semalam.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata semasa penemuan bot berkenaan kira-kira pukul 4.16 petang, kesemua warga asing berada dalam keadaan keletihan selepas dipercayai melalui perjalanan yang panjang tanpa bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.

“Dianggarkan hampir 300 warga asing berada di dalam bot terbabit dan pihak APMM telah memberi bantuan termasuk bekalan makanan dan minuman air bersih, sebelum dua bot itu diusir keluar sehingga ke perairan sempadan negara bagi meneruskan pelayaran.

“Kami juga berkerjasama rapat dengan pihak penguat kuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai pergerakan bot-bot berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Rosli berkata APMM mengingatkan komuniti maritim untuk segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi ditalian 04-9662750 atau 011-58925868.

Semalam, Mohd Rosli berkata pihaknya telah mengaktifkan Operasi GUARD dan menggandakan rondaan bagi mengesan baki pendatang tanpa izin dari Myanmar yang dilaporkan menuju ke Langkawi.

Operasi itu susulan daripada penahanan 196 warga Myanmar di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi pada 3.25 pagi semalam, selepas bot dinaiki mereka terkandas di perairan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan