Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi rasmi dalam perkhidmatan kewangan. Foto BAM (FB)

Allianz Malaysia dilantik rakan perkhidmatan kewangan rasmi BAM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) sebagai rakan kongsi rasmi dalam perkhidmatan kewangan.

Melalui kerjasama strategik ini, pemain senior dan junior BAM serta barisan jurulatih akan menerima perlindungan insurans komprehensif semasa perjalanan ke luar negara untuk menyertai pertandingan.

Selain itu, Allianz Malaysia turut menjadi penaja utama bagi kejohanan Malaysia Super 100 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Juara pada Oktober ini.

Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, meluahkan rasa teruja terhadap kerjasama ini dan berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh Allianz Malaysia.

Beliau yakin sokongan tersebut mampu memperkasakan sukan badminton negara.

“Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat besar kepada BAM tetapi juga menjadi dorongan tambahan serta sumber motivasi kepada para pemain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan