Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang Ahli Parlimen Jerman daripada Parti Demokrat Sosial (SPD) berhaluan kiri tengah, Helge Lindh, menerima surat ancaman daripada kumpulan berhaluan kanan jauh, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto hiasan Envato

Ahli Parlimen Jerman terima ancaman menerusi surat berbaur kebencian

ByBernama

DUSSELDORF, 4 Jan: Seorang Ahli Parlimen Jerman daripada Parti Demokrat Sosial (SPD) berhaluan kiri tengah, Helge Lindh, menerima surat ancaman daripada kumpulan berhaluan kanan jauh, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Kami akan dapatkan kamu, kamu boleh yakin dengan itu. Anda tidak selamat di mana-mana,” demikian kandungan surat itu, yang dikongsi oleh Lindh di platform media sosial X pada petang Jumaat.

Surat itu menuduh Lindh sebagai “membenci rakyat Jerman” dan ditandatangani dengan nama “NSU 3.0” – merujuk kepada “National Socialist Underground”, sebuah kumpulan pengganas berhaluan kanan jauh yang didedahkan pada 2011.

Surat itu turut mengandungi serbuk putih, yang dapat dilihat dalam foto yang dimuat naik oleh Lindh di X. Bagaimanapun, penyiar serantau WDR melaporkan, dengan memetik jurucakap perkhidmatan keselamatan negara, bahawa bahan itu tidak berbahaya.

Lindh ialah ahli parlimen yang mewakili bandar barat Wuppertal, jurucakap kumpulan parlimen SPD mengenai dasar kebudayaan dan media, serta ahli jawatankuasa parlimen mengenai hal ehwal dalaman. Beliau juga aktif dalam dasar migrasi.

Dalam hantaran di X, Lindh menyatakan bahawa beliau telah mengalami banyak ancaman dan tindakan permusuhan sejak dipilih ke Bundestag, iaitu Dewan Rendah Parlimen Jerman, pada 2017, namun menyifatkan insiden ini sebagai “tahap terendah terbaharu.”

Lindh berkata beliau tidak akan gentar dan akan terus berjuang menentang kebencian dan ekstremisme. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan