Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu. Foto hiasan Envato

Lapan maut, 15 cedera dalam kebakaran pasar di Hebei, utara China

ByBernama

SHIJIAZHUANG, 4 Jan: Lapan maut dan 15 lagi cedera dalam kebakaran sebuah pasar di Daerah Qiaoxi, Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei, utara China, pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kebakaran itu berlaku sekitar pukul 8.40 pagi di sebuah pasar yang menjual sayur-sayuran dan barangan keperluan lain.

Pasukan bomba bersama pasukan tindak balas kecemasan dan perubatan segera tiba di lokasi untuk operasi menyelamat. Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.10 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat selesai menjelang tengah hari. Mangsa yang cedera telah menerima rawatan di hospital, dan keadaan mereka dilaporkan tidak dalam keadaan bahaya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan