Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Foto, Amirudin (TVS)

Tatakelola baik, tiada skandal besar dalam tempoh dua tahun – PM

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 3 Jan: Amalan tatakelola yang baik telah memperlihatkan kejayaan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh dua tahun apabila tiada sebarang skandal besar dilaporkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tindakan kerajaan dalam menjalankan proses tender secara telus dalam setiap projek juga menyaksikan ia tidak terpalit dengan sebarang kes penyelewengan.

“Kita (kerajaan) tekankan soal tatakelola dan saya anggap ia satu kejayaan walaupun banyak orang bercerita mengenai kes-kes lama, tetapi saya syukur kerana dalam tempoh dua tahun ini, tiada satu pun skandal besar yang pernah diungkapkan.

“Ini merupakan kejayaan besar dengan kita mempunyai keupayaan tetapi kita tidak boleh menyelesaikan semua masalah kerana negara ini berlandaskan undang-undang dan kita harus ambil keputusan berdasarkan tatakelola yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI Dewan De Seri Endon, Presint 10 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anwar memberitahu, sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri akan dilakukan dalam tempoh terdekat .

Anwar menjelaskan, pemukiman itu bukan sekadar platform untuk mendokumentasikan pencapaian setiap kementerian malah menjadi ruang kepada anggota kabinet menangani dan memperbetulkan kelemahan dalam pentadbiran semasa.

“Permukiman ini tidak akan terhenti, ia seterusnya akan diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan