Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar China, Wang Yi. Foto AFP

Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dirasmikan

ByBernama

BEIJING, 3 Jan: Pusat Penyelidikan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan dirasmikan di Beijing pada Khamis.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi semasa merasmikan pusat itu berkata pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang digagaskan oleh Presiden Xi Jinping memberikan jawapan China kepada isu global tentang “membina dunia dalam apa jua keadaan dan bagaimana membinanya”.

Wang berkata konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan mengaitkan nasib dan masa depan China dengan dunia. Konsep itu melampaui perbezaan sistem masyarakat dan ideologi, melangkaui perbezaan sejarah, budaya dan peringkat pembangunan.

Beliau menekankan bahawa konsep itu mengetengahkan tamadun China yang berorientasikan kedamaian, keterangkuman dan inovasi, sekali gus mencerminkan pewarisan dan pengembangan budaya tradisional China yang cemerlang.

Pada masa ini, puluhan negara dan wilayah berkolaborasi dengan China untuk membina komuniti berkongsi nasib dalam pelbagai bentuk.

Wang Yi menegaskan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan juga telah tertulis dalam resolusi Perhimpung Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai dokumen pelbagai hala. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan