Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis perhimpunan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Foto Amirudin (TVS)

Projek keperluan rakyat, mendesak perlu disegerakan – PM

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 3 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan program dan projek keperluan rakyat yang mendesak perlu disegerakan tanpa menunggu unjuran tempoh masa tertentu untuk melaksanakannya.

Menurut Anwar, antaranya termasuk projek tebatan banjir dan program menangani kemiskinan tegar.

Jelas Perdana Menteri, dua perkara itu perlu dinoktahkan meskipun kerajaan mengambil pendekatan melakukan penjimatan dalam perbelanjaan lain termasuk berhutang.

“Kalau banjir itu mengorbankan nyawa dan harta, jangan tunggu enam tahun untuk selesaikannya.

“Kalau kita (kerajaan) perlu jimat daripada perbelanjaan lain, kita jimatkan, kalau perlu pinjam kita akan pinjam, tetapi semua program yang mendesak seperti kemiskinan tegar dan tebatan banjir harus disegerakan sekarang supaya masalah itu dapat diselesaikan sebaik mungkin.

“Ini hal yang peru diteliti oleh semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), sekiranya tidak dilakukan, KSU baharu datang, kemudian tengok skim banjir untuk tebatan banjir misalnya, Fasa 1 Rantau Panjang dah siap, fasa kedua tahun 2026, fasa ketiga 2029, jadi orang Rantau Panjang kena tunggu 15 tahun baru nak siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI Dewan De Seri Endon, Presint 10 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, KSU perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dan beliau tidak mahu alasan mengenai keupayaan (kewangan) negeri dijadikan sebagai alasan dalam melaksanakannya.

“Sebab itu kita (kerajaan) beri keutaman kepada pendidikan, kesihatan dan keselamatan. Jadi fikirkan bagaimana, semua perlu duduk berbincang dengan kemudian turun ke bawah lihat sendiri masalah dan gunakan pendekatan-pendekatan baru,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan