Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi. Foto fail Bernama

PPS terakhir ditutup, banjir di Johor pulih sepenuhnya

ByBernama

JOHOR BAHRU, 3 Jan: Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

“Mereka dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johor kembali dilanda banjir melibatkan daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan pada Isnin lepas. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan