KUALA LUMPUR, 3 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni para peniaga dan pengunjung Lestari Niaga Madani @ Wirawati, ketika hadir untuk makan tengah hari di sini hari ini.
Anwar turut diberi taklimat ringkas mengenai pelan pembangunan dan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan di pusat berkenaan.
Anwar turut melawat Lestari Niaga @KL di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju sebelum menunaikan solat Jumaat di Surau Muhajirin Desa Rejang.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif. – TVS