Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Bukit Jeruk dekat Jabi. Foto hiasan Envato

Pelajar tingkatan satu maut dalam kemalangan motosikal

ByBernama

JERTIH, 3 Jan: Seorang pelajar lelaki tingkatan satu maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain di Kampung Bukit Jeruk dekat Jabi, di sini malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan manakala seorang lagi mangsa turut cedera parah.

“Siasatan awal polis mendapati setibanya pelajar terbabit yang menunggang motosikal jenis SYM dari arah Kampung Benting Lintang ke Kampung Bukit Jeruk di tempat kejadian, dipercayai tiba-tiba telah hilang kawalan.

“Motosikalnya kemudian bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda Dash ditunggang lelaki berusia 20 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Md Sani berkata mayat pelajar itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat manakala penunggang motosikal yang cedera parah di paha dan kepala turut dihantar ke hospital sama sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan