Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala 30 lagi dibawa ke hospital selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di French Quarter, New Orleans. Foto AFP

Negara Arab kecam insiden rempuhan di New Orleans

ByBernama

ISTANBUL, 3 Jan: Beberapa negara Arab pada Rabu mengutuk insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan dan mencederakan puluhan orang di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Sebuah trak pikap Ford F-150 putih merempuh pejalan kaki di kawasan French Quarter dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi (0915GMT) Rabu, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan mencederakan lebih 30 yang lain.

FBI mengenal pasti penyerang sebagai Shamsud-Din Jabbar, 42, seorang warga AS dari Texas dan veteran tentera.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menyatakan solidariti dengan AS dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kementerian itu menyatakan Mesir menolak semua bentuk keganasan yang mengancam keselamatan dan keselamatan orang awam.

Kementerian Luar Arab Saudi juga mengutuk serangan itu, dengan menyatakan bahawa kerajaan berkenaan “mengulangi penolakan sepenuhnya terhadap semua bentuk keganasan.”

Mengutuk kejadian itu, Kementerian Luar Qatar turut mengulangi pendirian tegas negara itu terhadap semua bentuk keganasan dan perbuatan jenayah, tanpa mengira motif mereka.

Iraq mengutuk sekeras-kerasnya insiden rempuhan kenderaan itu dan menyatakan solidariti dengan rakyat Amerika.

Kementerian Luar Bahrain menyampaikan ucapan takziah yang “tulus” kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat.

Jordan juga menyertai negara Arab dalam mengutuk “serangan pengganas” di New Orleans dan menegaskan “penolakan kerajaan terhadap semua bentuk keganasan yang bertujuan untuk menjejaskan keselamatan dan kestabilan,” menurut kenyataan daripada Kementerian Luar negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan