Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti kaedah penerapan konsep berkenaan di kementerian. Foto fail TVS

Kementerian Komunikasi terap konsep musyawarah untuk tingkat produktiviti – Fahmi

ByBernama

PUTRAJAYA, 3 Jan: Kementerian Komunikasi menerapkan konsep musyawarah bagi mendapatkan pandangan dan suara di semua peringkat seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meningkatkan lagi produktiviti.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti kaedah penerapan konsep berkenaan di kementerian.

“Saya nampak pesanan Perdana Menteri untuk cari cara meningkatkan produktiviti dan bukan hanya bermuhasabah tetapi bermusyawarah mendapatkan pandangan dan suara daripada semua dalam pasukan.

“Ini saya minta di Kementerian Komunikasi, KSU kita teliti apa yang boleh kita lakukan supaya di peringkat unit yang terkecil dalam mana-mana jabatan (supaya) mutu dan produktiviti boleh diteliti dan ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Live Feed Amanat Perdana Menteri 2025 bersama warga Kementerian Komunikasi di sini hari ini yang turut dihadiri timbalannya Teo Nie Ching dan Mohamad Fauzi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Fahmi berkata pesanan Perdana Menteri supaya perkhidmatan awam terus diperkasakan merupakan satu peringatan baik, sekali gus mengingatkan penjawat awam untuk sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti mereka.

“Ini satu peringatan yang baik bahawa kita jangan sesekali sekadar berasa apa yang telah kita capai itu memadai tetapi kita perlu lakukan refleksi dan memikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk memperbaiki keadaan, mengatasi kelemahan dan kekurangan.

“Pada masa sama, jangan kita alpa ataupun culas atau lupa untuk berasa syukur atas apa yang telah kita berjaya lakukan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan