Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA). Foto AFP

Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia

ByBernama

ISTANBUL, 3 Jan: Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Data daripada AirVisual, penyedia bebas angka pencemaran udara global, menunjukkan kepekatan PM2.5 di udara kini “13.2 kali” lebih tinggi berbanding nilai panduan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PM2.5 mengukur tahap zarah kecil berbahaya di udara.

Memandangkan kualiti udara berada pada tahap “tidak sihat,” indeks kualiti udara (AQI) bertukar menjadi warna coklat dengan bacaan setinggi 309 di beberapa lokasi.

AQI mempunyai julat antara sifar hingga 500 – dengan angka yang lebih tinggi menunjukkan tahap pencemaran dan kesan kesihatan yang lebih serius.

AirVisual menasihatkan penduduk di Hanoi supaya mengelakkan senaman di luar rumah, menutup tingkap bagi menghalang udara luar yang tercemar, serta memakai pelitup muka apabila berada di luar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan