Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua warga asing maut, seorang cedera dihempap kepingan kaca dalam kontena

BINTULU, 3 Jan: Dua warga Indonesia maut, seorang lagi rakan senegara cedera dihempap kepingan kaca dalam satu kejadian di sebuah kilang di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata yang terkorban dikenal pasti sebagai Asroy, Aris Munandar dan yang cedera Rodi.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kontena. Foto JBPM

Setelah menerima panggilan pada 10.29 pagi, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong.

“Setibanya pasukan bomba sampai dilokasi didapati benar terdapat tiga orang mangsa terperangkap, seorang mangsa dalam keadaan sedar dan dua orang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dihempap kepingan kaca di dalam sebuah kontena,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan dan mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersebut dengan menggunakan cangkul, penyeduk, kapak, tukul dan jengkaut.

“Setelah ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba menyerahkan seorang mangsa yang masih sedar kepada pihak ambulans manakala dua orang mangsa yang telah disahkan kematian oleh pihak Kementerian Kesihatan dilokasi diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan