Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis. Foto Envato

Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan Los Angeles

ByBernama

LOS ANGELES, 3 Jan: Dua orang maut manakala 18 yang lain cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas di atas bumbung sebuah bangunan komersial di bandar Fullerton pada Khamis, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.

Nahas mencetuskan kebakaran besar dan memaksa perniagaan di kawasan sekitar dikosongkan, menurut jurucakap polis Fullerton, Kristy Wells.

Rakaman video daripada saluran berita tempatan KABC menunjukkan asap putih keluar dari bahagian atas sebuah bangunan yang dikelilingi kawasan perumahan serta gudang komersial.

Setakat ini, jenis pesawat yang terlibat belum dapat dikenal pasti, kata Wells. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan