Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Purata suhu di China pada 2024 mencatatkan paras tertinggi sejak 1961, apabila negara itu mula merekodkan pemerhatian meteorologi lengkap. Foto hiasan Envato

China catat tahun paling panas pada 2024

ByBernama

BEIJING, 3 Jan: Purata suhu di China pada 2024 mencatatkan paras tertinggi sejak 1961, apabila negara itu mula merekodkan pemerhatian meteorologi lengkap, lapor agensi berita Xinhua memetik Pusat Iklim Kebangsaan pada Khamis.

Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan sekali gus memecahkan rekod sebelumnya yang dicatatkan pada 2023 iaitu 10.71 darjah Celsius.

Sebanyak 19 kawasan pentadbiran peringkat provinsi mencatatkan suhu tertinggi pada tahun lepas, termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, Shanxi, Henan dan Shaanxi. Purata hujan di seluruh negara mencecah 697.7 mm pada 2024, iaitu sembilan peratus lebih tinggi daripada purata tahunan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan