Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bendera negara-negara BRICS. Foto AFP

Brazil tubuh jawatankuasa untuk persiapan Sidang Kemuncak BRICS pada Julai

ByBernama

RIO DE JANEIRO, 3 Jan: Dewan Bandaraya Rio de Janeiro menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras semua aktiviti dan projek berkaitan dengan kepengerusian Brazil dalam kumpulan BRICS tahun ini, termasuk Sidang Kemuncak BRICS pada Julai, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Brazil.

Menurut Warta Rasmi Rio de Janeiro, Jawatankuasa BRICS Rio yang baharu ditubuhkan akan menyediakan sokongan institusi dan kewangan untuk projek dan acara yang dianjurkan oleh entiti awam, organisasi antarabangsa dan persatuan sivil tidak berasaskan keuntungan yang mungkin dimasukkan dalam Kalendar BRICS Rio.

Lebih 100 mesyuarat rasmi dijadualkan antara Februari dan Julai, namun semuanya akan diadakan di Brasilia.

Setakat ini, hanya sidang kemuncak disahkan akan berlangsung di Rio de Janeiro.

Dokumen itu memaklumkan bahawa Sidang Kemuncak BRICS akan menjadikan Rio sebagai hab acara antarabangsa strategik Brazil, memperkukuh peranan bandar itu dalam memajukan diplomasi dan hubungan antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan