Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bahawa bekalan dan harga beras putih import (BPI) di Malaysia adalah terkawal dan mencukupi bagi keperluan rakyat negara ini. Foto hiasan Envato.

Bekalan, harga beras putih import terkawal – BERNAS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bahawa bekalan dan harga beras putih import (BPI) di Malaysia adalah terkawal dan mencukupi bagi keperluan rakyat negara ini.

BERNAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sentiasa memastikan harga BPI di Malaysia kekal kompetitif dan sejajar dengan corak harga pasaran dunia.

“Setakat ini, Malaysia tidak mengalami sebarang krisis bekalan beras. Stok BPI sentiasa mencukupi bagi keperluan negara. Sejak sekian lama, BERNAS telah memastikan ketersediaan bekalan beras secara berterusan tanpa sebarang gangguan,” menurut kenyataan itu.

Sebagai maklum balas terhadap laporan media berkaitan cadangan untuk mengimport beras dari Pakistan, BERNAS memaklumkan bahawa Pakistan merupakan satu daripada negara utama pembekal BPI kepada BERNAS sejak sekian lama selain Thailand, Vietnam dan India.

BERNAS turut menjelaskan bahawa tiada sebarang perbincangan dilakukan dengan Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkaitan cadangan import beras itu.

“BERNAS menggalakkan agar kenyataan media yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkaitan isu import beras hendaklah disokong dengan fakta dan perbincangan dengan pihak berkaitan, termasuk BERNAS untuk mengelak sebarang kekeliruan serta impak kepada kestabilan pasaran beras negara,” menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Syed Abu Hussin Hafiz dilaporkan berkata cadangan kerajaan mengimport beras putih dari Pakistan merupakan kaedah berpotensi untuk menoktahkan kemelut berhubung harga dan bekalan beras putih di pasaran tempatan, serta cadangan itu telah dikemukakan kepada BERNAS melalui keizinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim namun ia belum dimuktamadkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan